Sunday, 28 December 2014

Friday, 26 December 2014

Besarnya kuasa istighfar

ISLAM sebuah agama yang penuh dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Sesiapa sahaja berpeluang untuk memperbaiki diri dan memperoleh kedudukan yang mulia di sisi Islam. Syaratnya mudah iaitu dengan bertakwa dan beramal soleh kerana Allah SWT. Sudah menjadi lumrah manusia, sering melakukan salah dan dosa. Tidak ada insan yang bebas daripada sebarang dosa iaitu maksum, melainkan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Begitu pun, agama Islam sering kali memberikan peluang kepada hamba-hamba-Nya untuk bertaubat dan menjadi manusia yang lebih baik. Sebanyak mana dosa yang pernah dilakukan, pintu keampunan itu sentiasa ada. Hal ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Dan mintalah ampun kepada Tuhanmu, kemudian kembalilah bertaubat kepada-Nya, Sesungguhnya Tuhanku Maka Penyayang Maha Pengasih. (Hud: 90) Perkataan ampun diulang lebih 50 kali di dalam al-Quran dan menunjukkan betapa penting dan besarnya nilai keampunan di sisi Allah SWT. Hanya Dia yang mampu mengampunkan dosa-dosa kita yang begitu banyak dan membebaskan kita daripada azab api neraka di akhirat nanti. Allah berfirman yang bermaksud: Dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji atau menganiaya dirinya sendiri (melakukan dosa), mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa mereka melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya). (Ali Imrah: 135) Begitu juga firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 106 yang bermaksud: Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Menghapuskan dosa Memohon keampunan di dalam Islam cukup mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Tidak ada ritual-ritual tertentu yang perlu dilakukan untuk menghapuskan dosa-dosa silam. Cara memohon ampun kepada Allah telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW dan menjadi kewajipan kepada kita semua untuk ittiba’ (mengikuti) apa yang telah diajarkan olehnya sebagai jalan untuk beribadah kepada Allah SWT. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Demi Allah, Aku beristighfar (memohon ampun) kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya lebih 70 kali dalam sehari. (riwayat al-Bukhari) Di dalam riwayat Imam Muslim disebutkan bahawa Nabi melakukannya sebanyak 100 kali sehari. Sungguh mengagumkan bagi orang yang berfikir. Nabi Muhammad yang maksum (bebas daripada dosa) dan telah dijamin syurga sendiri beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengajar kepada kita bahawa amalan itu begitu penting dan besar kedudukannya di sisi Allah SWT sehingga baginda SAW melaziminya sepanjang hari. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, para sahabat Nabi SAW pernah melihat baginda duduk dan beristighfar sebanyak 100 kali. Nabi SAW membaca: Rabbighfirli wa tubb ‘alayya innaka antattawwaburrahim. Istighfar terbaik Antara bacaan istighfar yang juga pernah dibacakan oleh Rasulullah SAW ialah sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a: Astaghfirullahal ‘aziim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atuubu ilaih. (riwayat Abu Daud) Istighfar yang paling baik disebut sebagai Sayyidul Istigfar yang bermaksud penghulu segala istighfar sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi SAW: Sayyidul Istighfar ialah siapa yang menyebutkan ‘Allahumma Anta Rabbi la ilaha illa Anta khalaqtani wa ana ‘abduka wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastato’tu, aa’uzubika min sharri ma sona’tu, abuu’ulaka bini’matika ‘alayya wa abuu’u bizanbi, faghfirli fainnahu la yaghfiruzzunuba illa anta (Ya Allah ya Tuhanku, engkaulah Rabbku. Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan yang aku lakukan. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku. Oleh itu ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau. (iwayat al-Bukhari) Itulah antara lafaz istighfar yang diajarkan oleh Nabi SAW kita. Kesemuanya mengandungi nilai akidah dan berserah diri yang mendalam. Semoga kita dapat beramal dengannya. Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140918/ba_02/Besarnya-kuasa-istighfar#ixzz3N0rb9XH0 © Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, 23 December 2014

Istighfar dan Taubat

Taubat adalah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah. Setiap individu disuruh bertaubat untuk menyucikan diri dari dosa besar dan kecil, sama ada dilakukan dengan sengaja mahupun tidak. Hukum bertaubat adalah wajib sama ada dosa kepada Allah s.w.t mahupun dosa sesama manusia. Jika dosa itu berkaitan dngan manusia, hendaklah meminta maaf daripada manusia terbabit. Sekiranya dosa berkaitan dengan harta benda, hendaklah dikembalikan harta tersebut kepada tuannya. Bertaubat kepada Allah hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas kerana taubat yang tiada keikhlasan tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap individu terbabit. Taubat yang terbaik adalah taubat yang penuh penyesalan, keinsafan dan rasa rendah diri kepada Allah s.w.t. Di dalam Islam, digariskan cara-cara memohon keampunan dan rahmat Allah s.w.t : Menyesal, menginsafi & berazam tidak akan mengulangi dosa yang telah dilakukannya Beristighfar memohon keampunan Allah s.w.t Beramal kebajikan Mensyukuri nikmat Allah s.w.t. Berdoa memohon kesejahteraan hidup di dunia & hari Akhirat Sebab-sebab Allah menerima taubat Allah s.w.t Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani Supaya hamba-Nya bersih daripada dosa dan memperoleh kebahagian di syurga kelak Supaya seseorang itu melakukan kebaikan dan mencegah dari kejahatan Orang yang bertaubat akan benci akan dosa-dosa lampaunya Orang yang bertaubat tidak akan mengulangi dosa-dosa lampaunya Hanya Allah s.w.t sahaja yang berhak mengampuni dosa hamba-Nya. Tujuan taubat Mempeliharakan diri yang suci dari dosa terutama pada hari perhitungan di akhirat kelak Ibadat yang dilakukan diterima Allah s.w.t. Dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna Mendapat balasan yang baik pada hari akhirat Mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t. Jiwa dan perasaan tenang Ayat berkaitan taubat “Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat daripada hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang telah mereka lakukan). Dan Dia mengetahui apa yang kamu semua kerjakan.” Surah as-Syura : 25 "Sesungguhnya Allah s.w.t suka kepada orang-orang yang bertaubat dan menjaga kebersihan." Surah al-Baqarah : 222 Sumber rasmi:http://ms.wikipedia.org/wiki/Taubat_menurut_Islam

Tuesday, 16 December 2014

Zulhijrah™: Tips Murah Rezeki

Zulhijrah™: Tips Murah Rezeki: Sekarang ni ramai yang mengeluh kerana dihimpit masalah kewangan. Biasalah harga barang keperluan makin hari makin naik. Namun hasil pe...

Monday, 15 December 2014

durrah safiyyah: KEPENTINGAN ISTIGHFAR....

durrah safiyyah: KEPENTINGAN ISTIGHFAR....: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتَ، أَعُوذ...

Saturday, 12 July 2014

Himpunan Mukjizat Doa & Zikir: KELEBIHAN BISMILLAH 5

Himpunan Mukjizat Doa & Zikir: KELEBIHAN BISMILLAH 5: MANAFAAT: Manafaat Bismillah 5 ini terlalu banyak, dan secara keseluruhannya boleh menjadi penawar kepada semua jenis penyakit &...